Marble Shortbread

Salam,

Asal resipi ni zura dapat dari intenet selepas beberapa alteration dalam bebekali kali musim raya maka terhasilah resipi ni...dari raya 2010 semenjak zura jadi housewife, ini tahun kedua zura dapat rezeki dari resipi ni...walaupun agak leceh dan modalnya agak tinggi, rasa dan hasilnya insyallah memuaskan hati orang yang membuatnya dan yang meng "ngap"nya! zura sharekan resipi kt sini so kekawang yang nak terlebey rajin tu boleh cuba dan kalau lebey lagi kerajinan tu bole buat niaga...bak kate orang share is caring.... ;)

bagi yang nak mengorder tu, sila-sila lah call zura tau!!!


Untuk Loyang 14X14
bahan untuk Base :
375gm Tepung
120gm Gula castor
125gm Serbuk badam
310gm Butter
125gm susu tepung

Bahan-bahan untuk topping
500 Cooking coklat
1sb Shortening

100gm white coklat

cara:
1.gaul kesemua bahan untuk base biskut sehingga sebati. adunan akan jadi seperti serbuk roti.

2. masukkan adunan dalam acuan. tekan hingga padat dan rata. Cucuk-cucuk dengan garfu.

3 tekan alat pemotong kedalam adunan. bakar pada suhu 180 selama 15minit.

4. bila dah masak, keluarkan pemotongbiarkan sejuk.

5. cairkan cuklat + shortening, tunag ata biskut tadi.

6. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam piping bag dan lorekkan atas coklat tadi.

7. Masukkan semula pemotong ke dalam biskut, sejukkan dalam fridge selama 10 minit/sampai keras.

8. keluarkan dan boleh lah di simpan!

SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...